UEFA tunda kesemua perlawanan bulan jun

PARIS, 2 APRIL – UEFA telah membuat keputusan untuk menjelaskan tarikh untuk kembali ke kelab bola sepak dengan mengumumkan kelmarin bahawa kesemua perlawanan antarabangsa telah ditunda kepada bulan Jun sehingga makluman lanjut yang akan diumumkan nanti.

“Ini termasuk perlawanan kelayakan untuk UEFA Euro 2020 dan perlawanan kelayakan untuk UEFA Euro Wanita 2021,” kata badan pentadbiran bola sepak Eropah dalam kenyataan.

“Kesemua kejohanan UEFA, termasuk perlawanan antarabangsa, akan ditunda sehingga notis pengumuman kelak.

Keputusan ini dibuat setelah konferensi video bersama 55 ahli Kesatuan Eropah sebagai sebahagian daripada perbincangan bagaimana mengadaptasi jadual kalendar baharu dalam krisis koronavirus yang sedang berlaku.

Kelayakan separuh akhir dan akhir yang sepatutnya menentukan empat pasukan terakhir kejohanan Eropah yang akan datang pada awalnya ditunda hingga penghujung Mac dan akhirnya ditetapkan pula sementara pada bulan Jun.

Pegawai bertugas menjaga stadium yang kosong. UEFA telah mengumumkan bahawa kesemua perlawanan antarabangsa telah ditunda kepada bulan Jun sehingga notis yang akan diumumkan nanti. – AFP

Ia ‘tertakluk kepada situasi’ di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai perkembangan koronavirus dan sama ada banyak negara-negara Eropah yang masih di bawah perintah berkurung boleh kembali kepada keadaan seperti biasa.

Perlawanan persahabatan tidak akan berlangsung selepas keputusan itu diambil termasuk perlawanan England di Austria dan perlawanan di tempat sendiri England menentang Romania pada awal bulan Jun.

Walau bagaimanapun, UEFA telah menyatakan kesungguhannya untuk menamatkan kesemua kejohanan domestik dan kelab pada 30 Jun.

Dengan keadaan yang bercita-cita tinggi, pengosongan jadual antarabangsa untuk bulan yang sama memberikan sedikit masa untuk mereka yang menyasarkan tempat di Liga Juara-juara dan Liga Europah dan liga domestik

Dengan membawa musim keluar dari tarikh sebenar akan memberikan risiko kepada kelab yang bakal kehilangan pemain yang akan tamat kontrak sebelum perlawanan ditamatkan, kecuali terdapatnya penyelesaian.

Presiden UEFA Aleksabder Ceferin memberitahu media Itali La Repubblica bahawa bola sepak ‘boleh bermula semula dalam pertengahan Mei, bulan Jun atau akhir Jun’ tetapi bila-bila masa selepas itu ‘musim tersebut mungkin akan hilang arah’.

Impak pandemik kepada Eropah telah memaksa UEFA untuk menunda Euro 2020 kepada 12 bulan, sementara Euro Wanita 2021 telah ditunda. – AFP