UEFA yakin COVID-19 tidak jejas jadual Euro 2020

AMSTERDAM, 4 MAC – Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, hari ini yakin badan bolasepak Eropah dapat menangani jika berlaku senario terburuk berhubung dengan Euro 2020 yang akan datang apabila kejohanan di antara benua itu perlu berdepan dengan isu penularan wabak COVID-19.

COVID-19 telah merebak di 76 buah negara di seluruh dunia dan telah membunuh lebih 3,000 orang dengan negara Itali yang paling teruk dijangkiti di Eropah.

Ibu kota Itali itu adalah salah satu daripada 12 tempat yang ditetapkan untuk menjadi tuan rumah di Kejohanan Eropah pada bulan Jun dan Julai ini.

Beberapa senarai panjang acara sukan di seluruh dunia telah dibatalkan atau ditangguhkan kebelakangan ini untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut, termasuk permainan di Serie A Itali. Dua bahagian divisyen utama bola sepak Switzerland telah ditunda sehingga akhir bulan Mac.

“Anda tidak tahu berapa banyak kebimbangan yang kami hadapi ketika kami menganjurkan pertandingan besar,” kata Ceferin pada sidang akhbar selepas Kongres UEFA di Amsterdam.

“Kami melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan, kebimbangan ketidakstabilan politik dan salah satu kebimbangan lagi adalah virus itu dan kami berurusan dengannya serta kami yakin kami dapat menanganinya.”

Minggu ini menandakan 100 hari sebelum bermulanya Kejuaraan Eropah 24 pasukan dan Ceferin menyeru penganjur untuk ‘tidak hanya berfikir tentang senario yang gelap, akan ada masa untuk itu nanti.’ Komennya datang selepas presiden FIFA Gianni Infantino, yang mempengerusi Kongres, meminta pihak berkuasa tidak panik. – AFP

Seorang jurugambar menggambar trofi sebelum sesi undian untuk edisi kedua Liga Bola Sepak UEFA di antara benua pada 3 Mac di Amsterdam, Belanda. – AFP