UFC batal kejohanan di California

LOS ANGELES, 10 APRIL – The Ultimate Fighting Championship (UFC) kelmarin telah membatalkan rancangan kontroversi mengadakan perlawanan pada hujung bulan ini sementara Amerika Syarikat (AS) memerangi pandemik koronavirus.

Pertubuhan seni bela diri campuran telah merancang untuk mengadakan UFC 249 tanpa peminat di satu lokasi yang tidak disebutkan, dilaporkan di tanah rizab puak asli di California.

Walau bagaimanapun mereka telah menarik semula rancangan tersebut kelmarin, berkata ia telah menunda pertarungan itu atas permintaan badan penyiaran, ESPN.

“Sementara pihak penganjur telah bersedia untuk meneruskan UFC 249, ESPN telah meminta untuk menunda pertarungan itu sehingga notis pemberitahuan disebabkan oleh pandemik COVID-19,” menurut kenyataan dari UFC.

“UFC tidak sabar untuk menyambung pertarungan secara langsung dengan secepat mungkin.” The New York Times melaporkan Rabu lalu bahawa ketua UFC, Dana White merancang untuk mengadakan pertarungan di resort Tachi Palace di tengah California pada 18 April.

Dengan mengadakan pertarungan di tanah rizab orang asli, UFC boleh memintas garis panduan kerajaan yang dihasrat untuk menghentikan jangkitan COVID-19 yang telah menyebabkan pembatalan ke atas semua aktiviti sukan.

Tetapi langkah tersebut telah ditentang oleh Senator California, Dianne Feinstein, yang menyeru supaya UFC ditunda. Pertarungan ini melibatkan berpuluh-puluh individu diterbangkan ke California dan ke resort untuk tujuan yang orang ramai rasa ia tidak penting,” Feinstein berkata dalam kenyataan.

“Meneruskan pertarungan ini bukan satu langkah yang betul,” tambahnya.

UFC telah menunda sebanyak tiga pertarungan selepas pegawai gagal mencari tempat untuk mengadakan pertarungan di tengah-tengah sekatan untuk melawan pandemik COVID-19. – AFP

Ketua UFC, Dana White telah membatalkan rancangan kontroversi mengadakan perlawanan UFC 249 tanpa peminat di satu lokasi yang tidak disebutkan, pada hujung bulan ini. – AFP