UFC berhasrat anjur perlawanan

LOS ANGELES, 9 APRIL – The Ultimate Fighting Championship (UFC) menyasarkan untuk mengingkari arahan ketat perintah berkurung koronavirus dengan mengadakan kejohanan di tanah rizab orang asli di California hujung bulan ini, media AS melaporkan kelmarin.

The New York Times melaporkan bahawa ketua eksekutif UFC, Dana White merancang untuk mengadakan UFC 249 di resort Tachi Palace di tengah California pada 18 April, mengingkari garis panduan kerajaan yang telah menghentikan aktiviti sukan.

Resort – yang telah ditutup sejak 20 Mac kerana pandemik COVID-19 – merupakan tanah kepunyaan suku kaum Tachi-Yokut.

Tanah rizab puak asli selalunya beroperasi secara bebas daripada kerajaan yang mana mereka berada di luar kawalan kerajaan setempat atau kawalan kerajaan kesatuan AS.

Dengan mengadakan perlawanan di tanah rizab orang asli, penganjur turut melanggar keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pesuruhjaya Atletik California.

White telah berulang kali menyuarakan keinginan untuk meneruskan perlawanan UFC, menegaskan bahawa gelanggang boleh digunakan secara selamat dengan perlawanan diadakan tanpa kehadiran penyokong. – AFP