Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    UFC buka kemudahan latihan baharu di Mexico

    MEXICO CITY, 8 FEB – UFC akan membuka kemudahan latihan MMA bernilai jutaan dolar, seluas 32,000 kaki persegi di Mexico City akhir tahun ini, organisasi itu kelmarin.

    “Beberapa atlet terhebat dalam sejarah sukan seni mempertahankan diri datang dari Mexico,” kata Presiden UFC Dana White dalam satu kenyataan. “Pasukan kami di (Institut Prestasi Las Vegas) adalah yang terbaik di dunia dalam apa yang mereka lakukan, dan kami tahu bahawa dengan menyediakan sumber dan latihan di negara ini, Mexico boleh menjadi salah satu sumber bakat MMA terhebat dalam dunia. Ini adalah peluang besar untuk sukan MMA dan untuk atlet di seluruh Amerika Latin.”

    Ini akan menjadi institut ketiga seumpamanya. Yang pertama dibuka di Las Vegas pada 2017 dan saiznya lebih kurang sama dengan yang akan dibina di Mexico. Atlet kolej dan profesional telah menggunakan kemudahan itu untuk menjalankan latihan di UFC.

    Selain itu, kemudahan yang serupa seluas 93,000 kaki persegi pernah dibuka di Shanghai pada 2019 dan berfungsi sebagai magnet latihan bagi mereka di China dan di seluruh Asia. – AP

    Organisasi Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA), hari ini mengumumkan rancangan untuk membuka kemudahan latihan dan pembangunan MMA tercanggih di Mexico pada suku keempat 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...