Uganda sahkan flu avian pada burung

KAMPALA, Uganda, 16 Jan – Ujian telah mengesahkan yang flu avian telah menjadi punca kematian banyak burung liar di pesisir Lake Victoria di Uganda, menurut kerajaan.

Setakat ini, spesies yang dijangkiti oleh Influenza Avian Patogen Tinggi atau HPAI, adalah sejenis burung laut migrasi yang bersayap hitam putih serta itik dan ayam, kata Kementerian Pertanian dalam satu kenyataan kelmarin, memberi amaran mengenai ‘bencana’ yang bakal meletus.

Sampel yang diambil dari dua tapak, termasuk sebuah pantai di pesisir Lake Victoria dan tempat lain di tengah Uganda, telah diuji positif bagi HPAI, antara jenis virus yang boleh menjangkiti manusia, katanya dalam kenyataan.

Ia adalah tidak jelas jenis virus apa yang menjangkiti burung berkenaan, termasuk jenis burung yang migrasi dari Eropah menuju ke Afrika semasa musim sejuk itu.

Jenis virus H5N8, yang tidak berbahaya pada manusia, telah menular di ladang ternakan di beberapa bahagian Eropah, termasuk Perancis dan Jerman.

Pihak berkuasa menjalankan ujian berikutan laporan daripada nelayan mengenai kematian burung-burung di pantai berhampiran tanah gambut yang menjadi tempat berlindung kebanyakan burung dan menarik pemerhati burung dari seluruh dunia.

Kerajaan menggesa orang ramai untuk tidak memakan burung dan haiwan lain yang ditemui mati. – AP