Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Ugas ganti Spence lawan Pacquiao

    LOS ANGELES, 11 OGOS – Penantian bagi aksi Manny Pacquiao menentang Errol Spence terpaksa dibatalkan berikutan petinju Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah ditewaskan mengalami masalah kecederaan di bahagian mata, menurut penganjur kelmarin.

    Juara welterweight Persekutuan Tinju Dunia, Yordenis Ugas akan menggantikan Spence dan mempertahankan kejuaraannya menentang petinju Filipina, di divisyen kelapan juara dunia, pada 21 Ogos di Las Vegas.

    Ugos dijadualkan mempertahankan kejuaraannya melalui perlawanan saringan.

    “Saya sangat kecewa bahawa saya tidak dapat bertarung menentang Manny Pacquiao pada 21 Ogos,” dedah Spence, juara Persatuan Tinju Antarabangsa dan Majlis Tinju Dunia, dalam satu kenyataan.

    “Saya merasa teruja mengenai perlawanan dan acara tersebut. Malangnya, doktor mendapati kecederaan di bahagian mata sebelah kiri saya dan mengatakan saya perlu menjalani pembedahan segera dan tidak mungkin saya dapat bertarung dalam keadaan mata saya ketika ini.”

    Gambar fail Manny Pacquiao dan Errol Spence bergambar sama semasa sesi sidang media di Los Angeles. – AP

    Spence mendapat tahu bahawa dia mengalami kecederaan semasa pemeriksaan pra perlawanan oleh Suruhanjaya Atletik Nevada di Las Vegas pada Isnin, menurut penganjur. Dia kembali ke Texas untuk mendapatkan rawatan.

    Pacquiao, mempunyai rekod 62-7 dengan dua keputusan seri dan 39 knockout, kali terakhir bertarung pada Julai 2019 apabila dia menewaskan petinju AS, Keith Thurman untuk WBA divisyen 147 paun.

    Tetapi senator Filipina itu dilucutkan kejuaraan pada Januari kerana kurang aktif.

    Sementara persediaan untuk pertarungan bersama jurulatih, Freddy Roach di Los Angeles, Pacquiao menegaskan bahawa waktu rehat ‘membantu badan dan mindanya dengan cukup baik’.

    “Kali ini, saya teruja seperti sebelumnya dan merasa kembali muda,” katanya.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -