Uggah kuarantin pada peringkat awal jangkitan

KUCHING, 2 APRIL – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mendedahkan beliau telah menjalani kuarantin diri pada peringkat awal berlakunya jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Jabatan Kesihatan mengeluarkan perintah menjalani kuarantin diri kepada rakan sejawatnya Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rabu.

“Saya juga pernah menjalani kuarantin …pada peringkat awal (jangkitan) apabila kes positif nombor 33 datang ke Kuching. Memang disyaratkan untuk menjalani kuarantin diri selama 14 jika anda mempunyai kontak rapat atau kontak kasual semasa mesyuarat atau berada berdekatan dengan kes positif,” katanya. – Bernama