Ugut henti guna Instagram

Bintang rap terkenal, Nicki Minaj mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminatnya apabila dia mengugut ingin berhenti menggunakan media sosial Instagram miliknya.

Menurut Nicki, dia akan bertindak demikian sekiranya Instagram tetap dengan keputusan untuk menutup ciri khas yang memaparkan jumlah likes yang diterima pada setiap gambar.

“Saya tidak akan membuat sebarang posting di Instagram selepas ini kerana mereka akan buang jumlah likes. Agak-agak ada aplikasi lain yang lebih menarik untuk saya guna? Saya sedang memikirkan jika ia sesuai untuk saya kongsikan mengenai kehidupan terbaharu saya,” tulisnya.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati penyanyi lagu Super Bass itu terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri sebelum ini yang mengumumkan untuk memperkenalkan ciri khas terkini media sosial itu. – Agensi