AS ugut sekat China Telecom dari pasaran

WASHINGTON, 10 APRIL – Amerika Syarikat (AS) telah mengugut akan memutuskan China Telecom daripada beroperasi di pasaran AS disebabkan risiko undang-undang dan keselamatan, umum Jabatan Keadilan.

Satu cadangan oleh jabatan-jabatan kerajaan, termasuk Pertahanan, Negara dan Keselamatan Dalam Negeri, berkata Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) harus ‘menarik balik dan membatalkan’ semua kelulusan yang diberikan kepada subsidiari China di AS, China Telecom (Amerika), untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa ke dan dari Amerika Syarikat.

“Agensi Cawangan Eksekutif mengenal pasti risiko keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang yang tidak dapat diterima yang dikaitkan dengan operasi China Telecom, yang menyebabkan kebenaran FCC tidak konsisten dengan kepentingan awam,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan semalam. Jika diluluskan, tindakan tersebut mungkin menyebabkan ratusan juta pelanggan telefon dan internet China Telekom – ia adalah operator telefon bimbit kedua terbesar China, terputus sambungan dengan atau menerusi Amerika Syarikat. – AFP