Uji COVID-19 dalam masa lima minit?

WASHINGTON, 29 MAC – Makmal berpangkalan di Amerika Syarikat telah mendedahkan ujian mudah alih yang boleh memberitahu jika seseorang itu dijangkiti COVID-19 dalam masa sekurang-kurangnya lima minit, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Abbott Laboratories berkata Pentadbiran Ubat-ubatan dan Makanan AS (FDA) telah memberi kebenaran darurat untuk memulakan membuat ujian kepada penyedia penjagaan kesihatan seawal minggu depan.

Ujian itu, yang saiznya sebesar pembakar roti kecil dan menggunakan teknologi molekular, juga menunjukkan keputusan negatif dalam masa 13 minit, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

“Pandemik COVID-19 akan ditangani, dan ujian molekular mudah alih akan memberikan keputusannya dalam beberapa minit ditambah dengan jarak meluas penyelesaian diagnostik yang diperlukan untuk membasmi virus terbabit,” kata presiden Abbott dan ketua pegawai operasi, Robert Ford.

Ujian bersaiz kecil itu bermaksud ia boleh disimpan di luar dari ‘jarak empat buah bilik hospital di kawasan dijangkiti,” kata Ford, dan Abbott sedang bekerjasama dengan FDA untuk menghantarnya kepada kawasan tumpuan virus.

Ujian itu belum lagi diluluskan oleh FDA, dan hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh makmal-makmal yang diluluskan dan penyedia penjagaan kesihataan, kata syarikat itu. – AFP