Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Uji COVID setiap dua hari’

    BEIJING, 23 MEI – Wilayah Henan, China, telah mengarahkan hampir 100 juta penduduknya untuk melakukan ujian COVID setiap dua hari, satu langkah yang tidak pernah berlaku dahulu ketika negara itu bergelut dengan lonjakan jangkitan akibat varian Omicron.

    China mengekalkan dasar sifar COVIDnya, mengenakan sekatan pergerakan ketat dan terhad di beberapa bandar ketika kebanyakan negara lain sudah beralih untuk hidup bersama koronavirus.

    Kekangan yang termasuk arahan untuk berkurung di rumah di Shanghai dan Beijing telah menjejaskan ekonomi.

    Untuk mengelak sekatan pergerakan serupa, kerajaan tempatan mengadaptasi ujian frekuensi tinggi untuk mengesan kes-kes lebih pantas dan berpotensi mengasingkan kluster tanpa perlu mengarahkan seluruh penduduk untuk berkurung di rumah.

    “Penduduk wilayah Henan dan kakitangan lain harus melakukan pensampelan asid nukleik sekurang-kurangnya setiap 48 jam,” menurut artikel yang disiarkan kelmarin dalam laman web kerajaan tempatan.

    Ujian itu akan bermula di bandar Zhengzhou, wilayah Henan sebelum penghujung Mei, kata pihak berkuasa, menurut laporan, untuk membantu ‘mengenal pasti risiko berpotensi’ dengan segera.

    Penduduk yang tidak mematuhinya akan berdepan masalah dalam mengimbas kod semasa memasuki tempat-tempat atau pengangkutan awam, tambah laporan itu lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...