Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji daya strategi kepimpinan dalam Civilization VI

    BERJAYA memenangi 15 anugerah di Electronic Entertainment Expo seperti Anugerah Permainan Video Pelanatar PC Terbaik dan Anugerah Permainan Video Strategi Terbaik, Sid Meier’s Civilization VI (CIV) merupakan antara beberapa buah judul permainan video paling dinamik dalam sejarah 25 tahun siri Sid Meier’s Civilization.

    Kini, dalam siri terbaru dalam francais permainan video tersebut kembali dengan gaya grafik baru serta rombakan sistem gaya permainan yang menawarkan strategi yang lebih menyeluruh bagi memenangi kempen jajahan di mana ia sekaligus menjadi suatu pengalaman yang cukup unik dalam setiap peringkat permainan.

    Inspirasi pemimin sejarah terkemuka

    Permainan video ini akan menawarkan pengalaman permainan secara berterusan selagi pemain tidak berjaya mencapai misi yang harus dilaksanakan iaitu untuk menjadi seorang ketua pemimpin empayar berkuasa di mana berjaya menakluki empayar-empayar lain.

    Namun malang tidak berbau, sekiranya pemain gagal untuk mengatur strategi yang betul juga mempunyai kemungkinan untuk ditelan oleh empayar lain yang turut berlumba-lumba untuk menjadi sebagai pemenang dalam dunia yang penuh cabaran ditampilkan dalam CIV.

    Menariknya, para pemain akan berpeluang sendiri melihat dan menentang kehebatan pemimpin-pemimpin empayar termuka dalam sejarah seperti Qin Shi Huang, Theodore Roosevelt dan Cleopatra.

    Sistem Government yang ditampilkan dalam siri terbaru ini juga diubah untuk menjadi lebih kompleks.

    Tiga cabang akan dibuka pada setiap era di mana setiap jenis sistem pentadbiran itu memberikan manfaat yang berlainan.

    Sebagaimana dengan carta Scientific Reserch, kini juga terdapat Civic Research yang sangat penting untuk unlock kad fungsi Government.

    Sementara Sistem District yang telah diperbaharui dalam CIV ini pula membolehkan para pemain untuk menumpukan kepada penaklukan beberapa buah bandar dalam daerah khas bagi mendapatkan bonus kombinasi.

    Setiap proses perkembangan sesebuah daerah akan memerlukan nilai satu tile dan pemain juga boleh membina bangunan-bangunan khas di dalam sesebuah dearah yang telah berjaya ditakluki itu.

    Kembangkan empayar anda dengan kerja-kerja pembangunan termasuk pembinaan World Wonders yang menjadi mercu tanda kepada empayar yang dimiliki.
    Kembangkan empayar anda dengan kerja-kerja pembangunan termasuk pembinaan World Wonders yang menjadi mercu tanda kepada empayar yang dimiliki.

    Pemain harus bijak mengatur langkah strategi peperangan terbaik dengan merekrut barisan tentera yang kuat.
    Pemain harus bijak mengatur langkah strategi peperangan terbaik dengan merekrut barisan tentera yang kuat.
    Qin Shi Huang merupakan antara beberapa tokoh pemimpin terkemuka yang turut ditampilkan dalam Sid Meier’s Civilization VI (CIV).
    Qin Shi Huang merupakan antara beberapa tokoh pemimpin terkemuka yang turut ditampilkan dalam Sid Meier’s Civilization VI (CIV).

    Bijak atur strategi pertarungan

    Bagi memastikan sesebuah permainan itu akan terus berjalan dengan lancar, Great People perlu direkrut dan bilangan dalam setiap kategori adalah terhad.

    Rekrut tentera-tentera yang berkemahiran dalam peperangan dengan segera sebelum semuanya dirampas oleh empayar lain di mana ia adalah satu kelemahan kepada empayar yang dikawal.

    Gunakan Envoy untuk mempengaruhi City States dan mendapatkan sokongan padu daripada mereka.

    Sebagaimana dalam siri permainan yang terdahulu, World Wonders yang menjadi mercu tanda bagi sesebuah empayar juga boleh dibina dalam CiV di mana ia memerlukan satu tile untuk proses pembinaannya dan bukan lagi sebahagian daripada City Center.

    Justeru, bagi menguji sendiri kemahiran kepimpinan dan kebijaksaan pemain dalam mengatur langkah strategi terbaik untuk terus menakluki lebih banyak empayar, jangan terlepas untuk mencubanya sendiri dalam Sid Meier’s Civilization VI (CIV) yang dibina oleh Firaxos Games dan 2K Game serta diedarkan oleh Take-Two Interactive untuk pelantar PC dan Mac.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda