Uji kebolehan pelajar berbahasa Inggeris

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Awangku Mohammad Nursyaziq Syahrimie bin Pengiran Yuziman telah diumumkan sebagai juara dalam Pertandingan Talent Time 3.0-Poetry Play untuk murid tahun 2 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini setelah mendapat markah 41 peratus.

Pertandingan anjuran Yayasan dengan Management and Science University (MSU) itu menampilkan lapan murid tahun 2 sekolah berkenaan mempamerkan bakat mereka menyampaikan puisi dalam Bahasa Inggeris.

Majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang disempurnakan oleh pengerusi persatuan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan, Dr Juraidah binti Haji Musa.

Dalam pertandingan tersebut, tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Iman Zahra binti Haji Ady dengan dengan markah 40 peratus dan Syarmin pula mendapat tempat ketiga, Dayang Syifa ‘Al-Humaria binti Jg Mohd Fadzilah dengan markah 38.5 peratus,

Pertandingan untuk menguji kebolehan murid-murid bercakap dalam Bahasa inggeris ini juga diadakan untuk mengasah kemahiran menghafal dalam Bahasa inggeris bagi meningkatkan tahap keyakinan dalam pembangunan elit murid serta memenuhi masa lapang mereka. Selain itu, program ini juga dihasrat menyedikan pelbagai pendedahan kepada murid dengan melibatkan mereka dalam pertandingan yang sihat.

Turut hadir menyaksikan pertandingan ialah Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Hajah Mariam bin Haji Ladi serta guru-guru Bahasa Inggeris murid tahun 2 sekolah berkenaan.

Awangku Mohammad Nursyaziq Syahrimie berjaya memikat hati para juri dengan penyampaian puisi beliau.
Salah seorang peserta dalam pertandingan tersebut menyampaikan puisi mereka dalam Bahasa Inggeris.