Uji pandu kereta, menang angpau

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Maju Motors Sdn Bhd, syarikat pengedar kereta Volkswagen dan Skoda di Negara Brunei Darussalam buat pertama kalinya telah mengadakan Kempen Uji Pandu bertempat di Digital World Gadong, kelmarin.

Kempen anjuran bersama Maju Motors Sdn Bhd dan Digital World Enterprise itu diadakan selama dua hari bermula kelmarin.

Bagi memeriahkan lagi kempen uji pandu berkenaan, orang ramai yang datang untuk menguji pandu mana-mana model Volkswagen dan Skoda berpeluang memenangi hadiah berupa angpau bernilai $888, $588, $388, $188 dan $88 pada sesi cabutan bertuah.

Sementara itu, bagi pengunjung yang membeli mana-mana produk semasa kempen tersebut juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang diadakan selama dua hari acara berkenaan.

Semasa acara tersebut, Avelinda P.Wenceslap terpilih sebagai pelanggan bertuah apabila membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah bernilai $888, manakala Lim Nyuk Ken dan Lim Kui Choon masing-masing membawa pulang hadiah bertuah berupa wang tunai bernilai $588 dan $388.

Antara kereta yang tersedia untuk diuji pandu ialah Skoda Karoq, Skoda Octavia, Volkswagen Beetle, Volkswagen Golf, Volkswagen Vento dan Volkswagen Polo.

Digital World juga tidak ketinggalan meraikan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina 2020, di mana pengunjung yang datang berpeluang mendapat angpau percuma bermula pukul 3 hingga 4 petang bagi sesi pertama dan sesi kedua pukul 7:30 hingga 8:30 malam.

Manakala pada hari kedua, angpau percuma bermula 11 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 hingga 4 petang.

Acara tersebut juga turut dimeriahkan dengan jual-jualan makanan dan banyak lagi.

Para pemenang cabutan bertuah uji pandu bersama angpau yang dimenangi.
Barisan kereta yang tersedia bagi uji pandu sepanjang kempen berkenaan.