Uji pandu Toyota di Digital World Enterprise

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 tahun, Digital World Enterprise dengan kerjasama NBT Brunei Sdn Bhd akan mengadakan Uji Pandu Kereta Toyota Siri ke-3 di Digital World Enterprise, Gadong selama dua hari bermula esok.

Orang ramai yang menguji pandu mana-mana model Toyota semasa sesi berkenaan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti wang tunai $1,000 di samping mendapatkan promosi hebat yang ditawarkan Digital World.

Sempena acara berkenaan, NBT Brunei juga menawarkan kadar faedah rendah untuk semua model kereta Toyota.

Digital World juga sedang giat mengadakan Kempen Cabutan Bertuah Spend & Win sehingga penghujung Jun depan.

Pelanggan yang membeli mana-mana produk Digital World melebihi harga yang ditetapkan dalam satu resit berpeluang memenangi sebuah kereta Toyota Vios sebagai hadiah utama di samping hadiah-hadiah menarik lain seperti telefon bimbit, komputer, barangan elektronik dan banyak lagi.