Ujian air kumbahan cara mudah kesan COVID-19

KATHMANDU, 10 SEPT – Bau yang hangit di waktu pagi ketika para penyelidik mengumpulkan sampel kumbahan yang dibuang ke sungai di Nepal – kaedah yang menjimatkan kos untuk mengesan penularan koronavirus untuk negara yang kekurangan sumber.

Ketika jumlah kes terus meningkat di seluruh dunia, lebih banyak negara menganalisis air buangan untuk mengetahui jejak penyakit berjangkit untuk mengenal pasti mana yang mengalami wabak dengan cepat. Dagi negara Nepal yang miskin, masih pulih dari gempa bumi besar pada 2015 dan ekonomi mereka yang terjejas akibat kesan wabak yang menjejaskan sektor pelancongan yang penting, ujian air kumbahan menjadi senjata berkesan untuk melawan virus.

“Apabila ada mempunyai kekurangan sumber yang ada untuk ujian dan pemeriksaan, ini adalah kaedah yang cepat dan mudah – dan lebih murah – untuk mencari titik panas,” kata Dibesh Karmacharya, pengasas bersama Pusat untuk Molekular Dinamik Nepal, penyelidik terkemuka NGO.

“Kemudian anda boleh pergi dan membuat pemeriksaan lanjut di sana,” tambahnya.

Dengan beberapa kes yang tidak mempunyai gejala, ujian secara meluas terhadap komuniti, berbanding di peringkat individu, ia boleh membantu mengesan penyakit di tempat-tempat di mana ia kelihatan mungkin tidak muncul. – AFP