Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ujian ART boleh direkod dalam aplikasi BruHealth

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Aplikasi BruHealth kini mempunyai pembaharuan di mana ujian ART yang dilakukan boleh digambar dan dimuat naikkan ke BruHealth serta dapat direkodkan.

    Oleh itu, jika seseorang itu, membuat ujian ART setiap hari, rekod ujian berkenaan akan dapat diakses dalam BruHealth dan ia boleh dilaksanakan secara sendiri oleh orang ramai di mana rekod keputusan negatif ART itu boleh ditunjukkan kepada pihak yang berkenaan ketika memasuki premis.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai terdapat pekerja sektor swasta yang diperlukan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) bagi memasuki premis kerajaan sehingga ada yang perlu melakukan ujian ART untuk memasuki premis yang berbeza pada hari yang sama.

    Yang Berhormat Dato semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini turut menjelaskan bahawa tidak perlu untuk melakukan ujian ART berulang-ulang dalam sehari, cukup sekali ujian di mana mereka boleh pergi ke pusat ujian ART yang diiktiraf untuk mendapatkan sijil ujian ART atau menunjukkan rekod ujian dalam aplikasi BruHealth.

    Sementara itu, beliau juga menyatakan mengenai kemungkinan sebahagian pusat swab ditutup dalam masa terdekat, memandangkan beberapa hari kebelakangan ini, jumlah ujian RT-PCR telah menunjukkan penurunan dan ia membolehkan kakitangan kembali bertugas di tempat kerja asal masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...