Monday, May 29, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Ujian ejaan terbesar bakal diadakan

    PARIS, 11 MEI – Champs-Elysees di Paris akan mengadakan ujian ejaan terbesar di dunia bulan depan, kata penganjur semalam.

    Sebuah bilik darjah gergasi termasuk meja sekolah akan didirikan di ruang seluas lebih 6,600 meter persegi dari jalan terkenal menuju ke Arc de Triomphe di ibu negara Perancis.

    Peserta yang mengambil bahagian dalam ‘pengimlakan terbesar di dunia’ pada 4 Jun akan menulis dengan betul petikan teks bahasa Perancis yang dibacakan oleh penganjur.

    Pengimlakan adalah tunjang utama pendidikan Perancis, disambut oleh guru sebagai tonggak penerapan tatabahasa yang betul dan tidak disukai oleh pelajar sekolah yang terpaksa melakukannya hampir setiap hari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -