Ujian getir menanti United di Anfield

LONDON, 15 JAN – Usaha Manchester United untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kalinya dalam lapan tahun akan menghadapi ujian besar ketika pendahulu liga itu akan berdepan juara Liverpool pada Ahad ini.

Dengan salah satu di antara kedua pasukan pasti akan tercicir mata menjelang pertembungan di Anfield hujung minggu ini, Manchester City yang kini berada di tempat ketiga kembali bersaing memburu gelaran.

United memperoleh sembilan kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir mereka tanpa kalah, di mana Red Devils menuju ke Anfield bagi merebut peluang keemasan untuk mendapatkan kelebihan enam mata mengatasi pasukan Jurgen Klopp.

Buat pertama kalinya sejak kali terakhir mereka memenangi gelaran bersama Alex Ferguson pada 2012-13, di mana United berada di tangga teratas pada pertengahan kempen musim ini.

Mereka memiliki kelebihan tiga mata berbanding Liverpool yang berada di kedudukan kedua setelah meraih kemenangan di Burnley, di mana sebelum ini jurang 30 mata antara The Reds ke atas pasukan Ole Gunnar Solskjaer ketika mereka terakhir bertemu pada Januari 2020.

Setelah memulakan musim yang buruk dalam 48 tahun, United berada dalam keadaan tidak menentu ketika mereka keluar dari Liga Juara-Juara.

Tetapi Solskjaer, berhak mendapat pujian kerana berjaya membawa United kembali bangkit dan meraih kemenangan pertama menentang Liverpool sejak 2018.

United telah memenangi tujuh perlawanan liga berturut-turut, sementara Liverpool dibelenggu kecederaan pertahanan dan telah menjalani tiga perlawanan liga tanpa kemenangan. – AFP

Aksi Edinson Cavani ketika merebut bola semasa perlawanan EPL antara Burnley dan Manchester United pada 12 Januari lalu. United menghadapi ujian besar ketika berdepan juara Liverpool hujung minggu ini. – AP