HONG KONG, 9 MAC – Pemimpin Hong Kong berkata hari ini bahawa ujian mandatori koronavirus bukan lagi satu keutamaan selepas rancangan untuk ujian saringan besar-besaran kesemua 7.4 juta penduduk disertai bersama perintah berkurung seluruh bandar itu mencetuskan kepanikan.
Pengumuman daripada Carrie Lam itu keluar selepas berminggu-minggu maklumat ketidakpastian dan bercampur baur daripada wilayah itu, memarakkan pembelian panik daripada kalangan penduduk yang menyimpan stok daripada sayur, makanan dalam tin, makanan sejuk beku malah ubat di kaunter seperti parasetamol dan kit ujian.
Ribuan penduduk tempatan dan asing juga melarikan diri dari bandar itu, ketika Amerika Syarikat mengeluarkan amaran makluman perjalanan daripada mengunjungi wilayah itu dan memetik risiko kanak-kanak akan dipisahkan daripada ibu bapa mereka dalam unit isolasi COVID.
Namun pengumuman pada hari ini hanya dicadangkan dalam usul Februari lalu oleh Lam bahawa tiga pusingan ujian wajib akan dilaksanakan dan pihak berkuasa berkata ia akan disertai bersama sekatan pergerakan seluruh bandar dan pengehadan gerakan.
“Apa yang kami lakukan sekarang adalah merancang dan persediaan namun (ujian besar-besaran) bukan keutamaan sekarang,” katanya, menambah bahawa rancangan bagi ujian universal tidak diketepikan.
“Jika kita melakukannya, ia seharusnya menjadi manfaat terbesar bagi Hong Kong,” kata Lam. – AFP