Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ujian pemindahan sel stem saraf tunjang dijalankan

    TOKYO, 14 JAN – Sebuah universiti Jepun hari ini berjaya memindahkan sel stem kepada pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang, dalam percubaan klinikal pertama seumpamanya.

    Ketika ini tiada rawatan efektif bagi kelumpuhan disebabkan oleh kecederaan serius pada saraf tunjang, dipercayai memberi kesan kepada lebih 100,000 orang di Jepun sahaja.

    Pakar bedah di Universiti Keio, Tokyo ingin mengkaji sama ada penggunaan sel stem pluripotent (iPS) boleh digunakan untuk merawat kecederaan.

    Sel iPS dihasilkan dengan rangsang matang, selepas dikhususkan, sel kembali status awal.

    Mereka kemudian boleh dibesarkan menjadi matang kepada sel yang berlainan, dengan kajian Universiti Keio menggunakan sel berasaskan iPS daripada stem saraf.

    Langkah pertama percubaan melibatkan lebih banyak pemindahan kira-kira dua juta sel berasaskan iPS ke saraf tunjang pesakit dalam pembedahan bulan lalu.

    “Ini sememangnya satu langkah besar kehadapan,” kata Masaya Nakamura, seorang profesor di Universiti Keio yang mengetuai penyelidikan, memberitahu wartawan.

    Namun masih ‘banyak tugasan perlu dilakukan’ sebelum rawatan boleh dijalankan, tambahnya.

    Peringkat awal kajian disasarkan untuk mengesahkan keselamatan kaedah pemindahan, menurut penyelidik.

    Pesakit akan dipantau oleh jawatan kuasa bebas sehingga tiga bulan bagi memutuskan sama ada kajian boleh diteruskan dengan selamat dan yang lain boleh menerima pemindahan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...