Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ujian penerbangan kereta terbang tunjuk potensi

    OITA – Ujian penerbangan kereta terbang telah diadakan di taman Notsuharu Tenku Hiroba di Bandar Oita, baru-baru ini.

    Penerbangan itu dikendalikan oleh MASC, sebuah persatuan yang berpangkalan di Kurashiki, Prefektur Okayama, yang bertujuan untuk mengkomersialkan kenderaan tersebut. Ini adalah penerbangan ujian pertama di Kyushu.

    MASC menyasarkan untuk penerbangan dengan kereta terbang di Expo 2025 Osaka, Kansai, dan setakat ini telah menjalankan penerbangan ujian di Okayama dan wilayah lain. Bandar Oita, yang terlibat dalam projek penyelidikan untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan kenderaan tersebut, mendekati syarikat itu, dan projek itu direalisasikan pada 13 Julai lalu.

    Kenderaan itu memiliki saiz kira-kira 5.6 meter panjang dan 1.7 meter tinggi, dan terbang dengan 16 kipas elektrik. Memiliki dua tempat duduk, tetapi penerbangan ujian itu tanpa pemandu. Kenderaan itu terbang secara menegak di bawah kawalan automatik, dan perlahan-lahan bergerak ke sana ke mari antara dua titik di taman yang jaraknya kira-kira 520 meter. Menurut MASC, ini adalah penerbangan ujian pertama antara dua tempat di Jepun. – ANN/The Japan News

    Sebuah kereta terbang melakukan ujian penerbangan di Bandar Oita pada 13 Julai lalu. – ANN/The Japan News
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...