LONDON, 7 FEB – Penggantian akibat pengsan kerana gegaran kepala boleh diuji dalam bola sepak Inggeris musim depan selepas cadangan itu dikemukakan kepada penggubal undang-undang permainan.
Liga Perdana telah memberikan cadangan awal kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa yang membuat peraturan bahawa tempoh tiga minit untuk menilai pemain yang mengalami situasi tersebut untuk digantikan.
Rangka kerja penasihat perubatan liga yang dilihat oleh Lembaga Persatuan Bolasepak mengatakan bahawa jika tidak ada tanda-tanda gegaran segera, maka pemain akan terus diperhatikan ketika kembali beraksi.
Jika gejala tanda-tanda sakit jelas kelihatan, maka pemain boleh digantikan dengan penggantian khas di luar tiga pemain gantian simpanan yang kini dibenarkan. Persatuan Bola Sepak Inggeris lebih suka membenarkan pemain diganti sekurang-kurangnya buat sementara waktu selama 10 minit untuk membolehkan penilaian kecederaan gegaran, seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang situasi berkenaan memberitahu. – AP




























