
Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Susulan berlakunya kes penyakit Tuberkulosis (TB) yang melibatkan beberapa orang penuntut di Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa ujian saringan penyakit TB untuk semua warga sekolah berkenaan termasuk para penuntut dan guru-guru akan dijalankan bermula esok (22 November).
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) di Kementerian Kesihatan, Dr. Hazri bin Haji kifle semasa sidang media yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, pagi tadi. Turut hadir pada sidang akhbar itu Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr. Nadia Lee Siew Hoon Abdullah.
Beliau seterusnya menjelaskan, ujian yang akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu akan melibatkan kaji selidik simptom dan ujian kulit digelar ujian Mantuk (mantoux) yang akan memberikan keputusan ujian dalam dua atau tiga hari kemudian.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn