Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

UK bakal kuat kuasa peraturan COVID-19 baharu

-

LONDON, 28 NOV – Kerajaan Britain hari ini mempertahankan kadar dan skala respons mereka terhadap varian COVID-19 baharu Omicron ketika berdepan kritikan mengatakan ia sekali lagi ketinggalan di belakang lengkung jangkitan virus.

Setiausaha Kesihatan Sajid Javid berkata peraturan mandatori memakai pelitup muka akan diwajibkan di kedai dan pengangkutan awam di England mulai Selasa, dan memberitahu keluarga supaya merancang Krismas ‘seperti biasa,’ meskipun peraturan baharu untuk membendung varian Omicron.

Juga pada Selasa, semua penumpang yang tiba di Britain telah diarahkan supaya menjalani ujian PCR COVID-19, dan mengasingkan diri sehingga menerima keputusan negatif.

Perdana Menteri Boris Johnson telah mengumumkan langkah lebih ketat pada sidang media tergempar semalam, namun tidak menyatakan bila ia akan berkuat kuasa.

Johnson dan ahli konservatif lain menerima kritikan atas dasar perjalanan dan kuarantin pada awal pandemik, apabila beliau mengekalkan sempadan dibuka kepada pelawat asing walaupun ketika kadar jangkitan meningkat, mendorong Britain mencatat antara jumlah kematian per kapita tertinggi di dunia akibat COVID-19.

Kesemua empat negara UK dijangka melaksanakan peraturan PCR yang sama.

Perjalanan dari 10 negara di selatan Afrika kini dibatalkan disebabkan Omicron, tetapi Javid mengaku ratusan penumpang telah tiba dalam penerbangan dari Afrika Selatan pada Jumaat tanpa diuji.

Javid mengetepikan pengenalan semula peraturan penjarakan sosial dan panduan kerja dari rumah, yang juga dibatalkan di England pada awal tahun ini walaupun menerima bantahan saintis kerajaan. – AFP

Perdana Menteri Boris Johnson menghadiri taklimat media mengenai pengemaskinian COVID-19 terbaharu di bilik taklimat Downing Street, tengah London pada 27 November. Britain mewajibkan semua penumpang mengasingkan diri sehingga mereka menunjukkan ujian PCR negatif mulai Selasa. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -