UK batal kontrak vaksin Valneva

PARIS, 13 SEPT – Makmal bioteknologi Perancis-Austria, Valneva berkata hari ini yang kerajaan Britian telah membatalkan perjanjian bekalan bagi calon vaksinnya ke atas COVID-19.

Britain telah menempah 100 juta dos vaksin bagi tahun 2021-2022 – satu-satunya tempahan setakat ini bagi Valneva yang mempunyai kemudahan pengeluaran di Livingston, Scotland.

Britain ‘telah mendakwa yang syarikat itu telah melanggar kewajipannya di bawah Persetujuan Bekalan, namun syarikat itu dengan tegas menafikannya,” kata Valneva dalam satu kenyataan.

Kerajaan UK belum lagi memberi komen atas keputusan tersebut.

Tidak seperti suntikan koronavirus berprofil tinggi, yang menggunakan kaedah pelbagai untuk memulihkan sistem imun bagi memerangi koronavirus, VLA2001 Valneva berdasarkan versi koronavirus ‘tidak aktif’ itu sendiri.

Makmal telah menunjukkan pada hujung Ogos bahawa pada asas percubaan Fasa 1 dan 2 percubaan, ia berharap untuk memiliki vaksin itu lebih daripada 80 peratus keberkesanannya.

Valneva berkata hari ini kontrak itu menyediakan kerajaan Britain hak untuk membatalkan perjanjian, dan ia telah menerima ‘notis pembatalan dari kerajaan UK’.

‘Valneva telah berusaha sedaya upayanya dalam bekerjasama dengan kerajaan Britain termasuk melaburkan sumber signifikan dan usaha untuk memberi respons kepada permintaan vaksin berasal daripada varian.

“Valneva terus komited pada perkembangan VLA2001 dan akan meningkatkan usahanya bersama dengan pelanggan berpotensi lain untuk memastikan vaksin tidak aktif itu boleh digunakan dalam memerangi pandemik,” katanya. – AFP

Gambar fail bertarikh 3 Februari menunjukkan ibu pejabat Valneva di barat Perancis. – AP