UK batal perjanjian feri Brexit

LONDON, 11 Feb – Kerajaan Britain telah membatalkan kontrak untuk menghantar barangan ke negara itu selepas ia meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan sebuah syarikat yang tidak memiliki bot dan tiada pengalaman mengendalikan perkhidmatan feri.

Pihak berkuasa dikritik kerana perjanjian 13.8 juta pound dengan Seabrone Freight, sebahagian rancangan untuk mengekalkan aliran perdagangan jika Britain meninggalkan EU tanpa perjanjian keluar dari gabungan itu.

Jabatan Pengangkutan UK semalam berkata ia telah menamatkan kontrak kerana firma Ireland ituyang menyokong Seaborne Freight, Arklow Shipping, telah menarik balik sokongannya.

Jabatan itu mengatakan tidak ada wang pembayar cukai dipindahkan ke syarikat itu. Menurutnya kerajaan ‘telah mengadakan rundingan awal dengan beberapa buah syarikat untuk mendapatkan kapasiti kargo tambahan ‘jika Brexit tanpa perjanjian’.

Britain dijangka keluar dari EU pada 20 Mac tetapi para ahli undangan Britainbelum menyetujui perjanjian perpisahan dengan EU itu yang menggariskan peraturan pengunduran dan syarat perdagangan akan datang.

Perjanjian pengunduran antara kerajaan Konservatif Perdana Menteri Britain Theresa May dan EU telah ditolak bulan lalu oleh Parlimen Britain dan para pegawai EU menolak cubaan UK untuk merundingkannya semula.

Perniagaan Britain bimbang akan Brexit tanpa perjanjian akan menjejaskan pengurusan di pelabuhan tanpa peraturan perdagangan dan mengenakan cukai, pemeriksaan kastam dan sekatna lain antara UK dan EU, rakan dagangan terbesarnya.

Guy Verhofstadt, ketua pegawai Brexit Parlimen Eropah minggu ini berkata Brexit tanpa perjanjian adalah ‘bencana bagi kedua belah Selat Inggeris itu’, 27 lagi negara anggota EU dan juga Britain telah mula mengambil bekerja para pegawai kastam dan mengambil langkah lain untuk dilindungi daripada kesan buruk Brexit. – AFP