Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

UK dakwa wartawan BBC diserang polis China

ANKARA, 29 NOV – Wartawan British Broadcasting Corporation (BBC), Ed Lawrence diserang dan ditahan oleh polis China semasa membuat liputan protes antisekatan pergerakan di Shanghai, kata penyiar itu pada lewat Ahad.

Walaupun beliau telah dibebaskan, BBC menyuarakan kebimbangan mengenai layanan yang diberikan kepada wartawan itu dengan mendakwa beliau digari dan ditahan selama ‘beberapa jam’ sebelum dibebaskan.

“Semasa penahanannya, dia dipukul dan ditendang oleh polis. Ini berlaku semasa beliau bertugas sebagai wartawan bertauliah,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan BBC.

“Amat membimbangkan apabila salah seorang wartawan kami diserang semasa menjalankan tugasnya. Kami tidak mendapat penjelasan rasmi atau permohonan maaf daripada pihak berkuasa China, selain dakwaan oleh pegawai, yang kemudian membebaskannya (mengatakan) mereka menahannya demi kebaikan wartawan itu sendiri daripada dijangkiti COVID. Kami tidak menganggap ini sebagai penjelasan yang boleh dipercayai,” menurut kenyataan itu.

Lawrence berterima kasih kepada BBC atas ‘kata-kata baik dan mesej keprihatinan’ dalam tweet dan berkata, “Saya difahamkan sekurang-kurangnya seorang warga tempatan ditahan selepas cuba menghalang polis daripada memukul saya.”

“Kebebasan media dan kebebasan untuk mengadakan protes perlu dihormati. Tiada negara yang terkecuali. Penangkapan wartawan BBC @EP_Lawrence di China amat membimbangkan,” kata Setiausaha Luar UK, James Cleverly di Twitter. “Wartawan perlu menjalankan tugas mereka tanpa ugutan.” – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -