Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    UK dijangka kurangkan 91,000 penjawat awam

    LONDON, 13 MEI – Puluhan ribu penjawat awam di UK dijangka bakal kehilangan pekerjaan di bawah langkah pengurangan kos yang dirangka oleh kerajaan, kata menteri kanan Jacob Rees-Mogg hari ini.

    Ketika ditanya media Sky News, Rees-Mogg tidak menafikan laporan media mengatakan 91,000 pekerjaan di Whitehall bakal dimansuhkan, dan berkata: “Saya tahu perkara ini menarik perhatian, tetapi hakikatnya kita akan kembali kepada perkhidmatan awam seperti pada 2016.”

    Perdana Menteri Boris Johnson memberitahu Daily Mail bahawa ‘kami terpaksa mengurangkan kos kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup,’ menambah perbelanjaan telah ‘meningkat’ semasa pandemik.

    Beliau memberitahu akhbar bahawa 91,000 pekerjaan perlu diberhentikan – 20 peratus daripada seluruh perkhidmatan awam – demi menjimatkan perbelanjaan kerajaan kira-kira £3.5 bilion setahun.

    Kerajaan sedang bergelut untuk mengimbangkan perbelanjaan, setelah menghabiskan sejumlah besar peruntukan ketika pandemik, selain bergelut dengan inflasi yang menjejas pemulihan ekonomi serta memberikan tekanan tambahan ke atas kewangan awam.

    Rees-Mogg, menteri untuk kecekapan kerajaan dan Brexit, dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah menyasarkan kakitangan awam yang masih bekerja dari rumah meskipun semua sekatan koronavirus telah dibatalkan.

    Menurutnya, perkhidmatan awam telah berkembang sejak beberapa tahun lalu untuk menguruskan proses UK keluar daripada Kesatuan Eropah dan pandemik, tetapi kini ingin kembali kepada keadaan normal. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...