UK dipantau berterusan bagi perkembangan Omicron

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Dalam usaha mencegah penularan varian baharu Omicron, United Kingdom telah dikeluarkan dari empat negara Travel Green List Negara Brunei Darussalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, perkara berkenaan dipantau dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa serta tertakluk kepada perkembangan semasa situasi varian Omicron.

Setakat ini, tambah beliau, tiga buah negara yang termasuk dalam Travel Green List seperti Australia, Singapura dan China masih lagi dikekalkan.