UK, EU bincang jalan buntu Brexit

LONDON, 19 OKT – Britain dan Kesatuan Eropah mengadakan mesyuarat baharu hari ini untuk cuba merungkai kebuntuan Brexit selepas London mengancam untuk meninggalkan rundingan perdagangan dan membawa haluannya sendiri tahun hadapan meskipun amaran mengenai kemusnahan ekonomi yang sudah pun dilanda COVID-19.

Kerajaan UK melancarkan kempen maklumat menasihatkan perniagaan-perniagaan bahawa ‘masa sudah hampir tamat’ untuk bersedia bagi babak perdagangan baharu yang kompleks ketika tempoh peralihan selepas Brexit bakal mansuh pada hujung tahun ini, sama ada setuju atau tidak setuju. – AFP