LONDON, 14 APRIL – Britain akan menghantar penghijrah dan pencari suaka yang menyeberangi Channel ribuan batu jauhnya ke Rwanda di bawah satu perjanjian kontroversi yang diumumkan hari ini ketika kerajaan itu cuba untuk membanteras jumlah pendatang yang membuat perjalanan berbahaya.
“Bermula hari ini….sesiapa yang memasuki UK secara haram serta mereka yang telah tiba secara haram sejak 1 Januari mungkin kini akan tempatkan semula di Rwanda,” kata Perdana Menteri Boris Johnson dalam satu ucapan dekat Dover di tenggara England.
“Rwanda akan mempunyai kapasiti untuk menempatkan semula puluhan ribu orang dalam masa beberapa tahun,” kata Johnson.
Dia menggelar negara Afrika Timur itu dengan rekod hak asasi kemanusiaan tidak jelas, ‘salah satu negara paling selamat di dunia, diiktiraf di seluruh dunia bagi rekod menyambut baik pendatang’.
Beliau juga mengumumkan agensi sempadan Britain akan menyerahkan tanggungjawab rondaan Channel bagi bot penghijrah kepada tentera laut.
Lebih 28,000 orang tiba di Britain telah menyeberangi Channel dari Perancis pada 2021 menggunakan bot kecil. – AFP