‘UK harus siasat campur tangan Rusia’

LONDON, 21 JULAI – Kerajaan Britain harus menyiasat mana-mana campur tangan Rusia dalam referendum Brexit 2016 selepas gagal menyiasatnya meskipun bukti mengenai campur tangan Kremlin sebelum ini, kata satu laporan parlimen hari ini.

Ia berkata oligarki yang mempunyai hubungan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin menggunakan kekayaan mereka untuk ‘melanjutkan naungan dan mengembang pengaruh di seluruh pertubuhan British.’

“Penilaian harus diadakan dalam campur tangan Rusia dalam referendum. Dan ia mesti diadakan sekarang, dan orang awam mesti dimaklumkan mengenai keputusan penilaian tersebut,” kata ahli jawatankuasa risikan dan keselamatan Kevan Jones.

Laporan itu berkata ia tidak dapat menunjukkan bukti khusus campur tangan Rusia dalam pengundian 2016 mengenai keahlian Britain dalam EU dan pengundian mengenai kemerdekaan Scotland dari United Kingdom pada 2014, yang dimenangi oleh pihak ‘tidak’ sebanyak 55 peratus berbanding 45 peratus.

“Pendeknya, pengaruh Rusia di UK merupakan ‘normal baharu’, dan terdapat ramai warga Rusia dengan hubungan rapat dengan Putin yang telah diintegrasi dalam perniagaan UK, dan diterima disebabkan kekayaan mereka,” menurut laporan.

Pengeluaran laporan telah ditangguhkan beberapa bulan, mendorong kepada tuduhan dari pembangkang bahawa Perdana Menteri Boris Johnson mahu menyekatnya daripada disiarkan. – AFP

Bendera Rusia berkibar di pintu masuk pejabat konsul Rusia di London semalam. Penggubal undang-undang Britain mengecam kerajaan kerana gagal menyiasat campur tangan Rusia dalam politik UK. – AFP