UK kenakan sekatan baharu COVID -19

LONDON, 22 SEPT – Kerajaan Britain akan mengumumkan langkah baharu hari ini untuk mencuba dan menghalang peningkatan koronavirus di England, sementara Amerika Syarikat hampir mencatat 200,000 kematian akibat COVID-19.

Pandemik tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda ia semakin mereda – lebih dari 31.2 juta jangkitan telah dikesan di seluruh dunia, dengan 964,000 kematian – dan negara bergelut untuk mengawal penularan baharu.

Tindak balas yang meningkat di Britain selepas amaran bahawa negara mungkin akan menyaksikan lonjakan 50,000 sehari menjelang pertengahan Oktober, dan sebulan kemudian melebihi 200 kematian setiap hari.

Perancis dan Sepanyol turut bergelut dengan peningkatan yang sama.

“Jika kita tidak melakukan dengan sebaiknya, virus akan melonjak dan pada masa ini laluan tersebut adalah jelas,” kata Chris Whitty, ketua pegawai perubatan kerajaan Britain.

Penduduk Britain bersiar-siar di London. Kerajaan Britain akan mengumumkan langkah baharu untuk mencuba dan menghalang peningkatan koronavirus di England. – AP

“Dan jika kita tidak mengubah haluan, kita akan ditimpa masalah yang lebih rumit.”

Di bawah peraturan baharu yang akan berkuat kuasa pada Khamis, kesemua tempat hospitaliti akan dimestikan tutup pada jam 10 malam. Kedai-kedai menjual makanan dan minuman akan dihadkan untuk perkhidmatan meja sahaja.

Kebanyakan negara di Eropah telah melonggarkan sukatan mereka selepas mengatasi wabak pada awalnya, tetapi lonjakan virus telah memaksa mereka untuk mengadakan sekatan sekali lagi.

Di Republik Czech, perdana menteri Andrej Babis mengakui kelmarin bahawa kerajaan telah melonggarkan sekatan dengan terlalu cepat.

“Saya malahan terpedaya dengan musim panas yang akan datang,” katanya.

“Itu adalah kesilapan yang saya tidak mahu ulang sekali lagi.

Angka kematian di AS hampir 200,000 hari ini, dengan jangkitan yang paling teruk di negara itu hampir mencecah tujuh juta orang.

Secara keseluruhan AS dikirakan sebagai empat peratus daripada jangkitan seluruh dunia dan 20 peratus kematian pandemik koronavirus. – AFP