Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    UK lulus lombong arang batu baharu

    MOSCOW, 8 DIS – United Kingdom (UK) meluluskan pembinaan lombong arang batu baharu di daerah barat laut Cumbria, satu langkah yang dilihat bercanggah dengan ikrar negara ini ketika menjadi tuan rumah Persidangan Iklim COP26, lapor Sputnik.

    Idea membuka lombong arang batu Whitehaven itu untuk mengekstrak arang kok yang digunakan dalam pengeluaran keluli, kali pertama dibincangkan pada 24 April.

    Pembukaan lombong arang batu pertama dalam tempoh beberapa dekad itu bertujuan mengurangkan pergantungan kepada import tenaga dari Rusia. Sebelum krisis di Ukraine, London mengimport 40 peratus daripada keperluan arang kok dari Rusia.

    Lombong itu akan menjadi lombong arang batu sifar pelepasan pertama di dunia serta tidak akan menghasilkan arang batu untuk tenaga dan sekurang-kurangnya 80 peratus keluarannya akan dieksport.

    Penghantaran arang batu dijangka bermula 18 bulan selepas permulaan pembinaannya.

    Peserta COP26 di Glasgow pada 2021 menerima pakai dokumen untuk mengurangkan penggunaan penjanaan tenaga memandangkan arang batu yang melepaskan CO2, mempunyai kesan negatif terhadap iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...