Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

UK lulus penggunaan pil anti-COVID

-

LONDON, 4 NOV – Britain hari ini meluluskan penggunaan pil antiviral Merck untuk merawat pesakit yang mengalami gejala ringan dan sederhana COVID-19, umum Agensi Pengawal Selia Ubat-Ubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA).

“Hari ini adalah hari bersejarah untuk negara kita, kerana UK kini merupakan negara pertama di dunia yang meluluskan ubat antiviral yang boleh diambil di rumah untuk COVID-19,” kata menteri kesihatan Sajid Javid.

“Ia akan menjadi titik perubahan untuk golongan paling berisiko dan mempunyai imun lemah, yang boleh menerima rawatan tersebut tidak lama lagi,” tambah beliau.

Ubat antiviral itu, digelar molnupiravir, berfungsi dengan mengurangkan keupayaan virus untuk mereplikakan sel, sekali gus memperlahankan jangkitan penyakit.

MHRA berkata percubaan klinikal telah menyimpulkan ia ‘selamat dan berkesan’ untuk mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital dan kematian dalam orang yang mengalami gejala ringan dan sederhana COVID-19 yang berdepan risiko menghidapi penyakit lebih serius.’

Berdasarkan data percubaan klinikal, ubat itu paling berkesan apabila diambil pada tahap awal jangkitan dan MHRA menyarankan ia digunakan dalam masa lima hari selepas gejala muncul.

Ia telah diluluskan untuk digunakan oleh orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko menghidapi penyakit serius, termasuk obesiti, umur tua, diabetes dan penyakit jantung.

Britain, yang menjadi salah sebuah negara paling teruk terjejas oleh pandemik, mengumumkan pada 20 Oktober ia telah menempah 480,000 dos molnupiravir dari syarikat farmaseutikal Merck. – AFP

Gambar serahan Merck & Co menunjukkan ubat antiviral baharu mereka terhadap COVID-19. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -