Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    UK lulus vaksin Moderna baharu tangani Omicron

    LONDON, 15 OGOS – Badan kawal selia ubat-ubatan United Kingdom (UK) hari ini meluluskan vaksin Moderna yang dikemas kini bagi meningkatkan antibodi melawan COVID, khususnya varian Omicron dan juga virus asal COVID.

    Agensi Pengawal Selia Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) berkata, pihaknya meluluskan vaksin untuk dos penggalak dewasa selepas ia didapati memenuhi piawaian kawal selia UK dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.

    Ia adalah vaksin bivalen COVID yang pertama diluluskan oleh agensi kawal selia Britain.

    Ketua Eksekutif MHRA, June Raine, berkata data ujian klinikal menunjukkan ia mendorong tindak balas imun yang kuat terhadap virus asal serta Omicron dan bakal menjadi ‘senjata tajam’ untuk melindungi imun manusia disebabkan virus itu terus berkembang.

    Walaupun vaksin membantu mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID, suntikan terkini bertujuan melawan virus terdahulu.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Julai lalu bahawa wabak itu belum berakhir disebabkan oleh penularan sub-varian Omicron dan pelonggaran serta pembatalan langkah kawalan.

    Seperti varian Omicron lain, ia cenderung membawa gejala penyakit yang lebih ringan kerana virus itu tidak menghuni paru-paru dan lebih banyak di saluran hidung, lalu mengakibatkan simptom seperti demam, keletihan dan hilang deria bau. – AFP

    Vial vaksin Moderna COVID kelihatan di stesen inokulasi Universiti Negeri Jackson, Mississippi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...