UK mungkin rugi AS$32B tanpa perjanjian perniagaan EU

GENEVA, 26 FEB – Britain mungkin rugi AS$32 bilion setahun dalam eksport ke Kesatuan Eropah (EU) jika gagal mencapai perjanjian perdagangan dengan blok, kata ahli ekonomi PBB semalam.

Persidangan PBB mengenai Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan (UNCTAD) berkata kerugian mungkin bersamaan dengan 14 peratus daripada eksport Britain ke EU. UNCTAD berkata separuh daripada kerugian datang dari tarif yang mungkin dikenakan oleh kedua-dua pihak dan separuh daripada langkah bukan tarif yang akan menjejas perniagaan seperti peraturan kesihatan dan alam sekitar atau standard pembungkusan.

“Kerugian akan memberi tamparan hebat kepada ekonomi UK, memandangkan pasaran EU menyumbang kepada 46 peratus daripada eksport UK,” kata kajian oleh agensi yang berpangkalan di Geneva. Ia juga mendapati kesan negatif untuk sesetengah negara EU. – AFP