UK, NZ meterai perjanjian perdagangan

LONDON, 21 OKT – Britain dan New Zealand (NZ) telah bersetuju bagi perjanjian perdagangan yang menghapuskan tarif dalam pelbagai barangan ketika United Kingdom (UK) meluaskan hubungan ekonomi di seluruh dunia ekoran pengundurannya dari Kesatuan Eropah (EU).

Perjanjian itu dimeterai lewat kelmarin dalam sidang video antara Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan rakan sejawatannya dari New Zealand, Jacinda Ardern, selepas 16 bulan rundingan oleh pakar perunding.

Walaupun perdagangan bersama New Zealand hanya sekitar 0.2 peratus daripada perdagangan UK, Britain berharap ia akan dapat membantu membuka pintu ke arah keahlian dalam rakan kongsi perdagangan trans-Pasifik.

Rakan kongsi itu yang termasuk Jepun, Kanada dan Vietnam mempunyai KDNK sekitar 8.4 trilion pounds (AS$11.6 trilion) pada 2020.

“Ini adalah perjanjian perdagangan hebat bagi UK, memeterai persahabatan panjang kita bersama New Zealand dan melanjutkan hubungan bersama Indo-Pasifik,” kata Johnson.

“Ia akan memberi manfaat perniagaan-perniagaan dan pengguna di seluruh negara itu, mengurangkan kos pengeksportan dan membuka akses kepada para pekerja kami.”

Ardern berkata perjanjian itu antara yang terbaik pernah dicapai oleh New Zealand dan akan merangsang ekonomi negara sekitar 1 bilion dolar New Zealand (AS$720 juta) ketika ia membuka laluan bagi banyak lagi jualan seperti keju, daging, mentega negara itu. – AP