Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UK perlukan lebih pekerja buruh

    BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 22 NOV – Britain memerlukan lebih ramai pekerja buruh untuk merangsang produktiviti ketika negara berdepan inflasi tinggi dan pertumbuhan meleset, kata kumpulan lobi perniagaan negara.

    Keputusan daripada Gabungan Industri Britain (CBI) keluar pada perhimpunan tahunannya di Birmingham, bandar kedua terbesar Britain.

    Persidangan CBI itu diadakan selepas kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai dalam belanjawan, meskipun mengaku ekonomi yang terkesan oleh inflasi itu telah mengalami kemelesetan.

    “Kami berkumpul sekali lagi dalam masa luar biasa ini,” beritahu ketua pengarah CBI, Tony Danker kepada wakil perniagaan di Birmingham.

    “Britain sedang mengalami stagflasi, iaitu inflasi yang tinggi dan pertumbuhan negatif, buat pertama kalinya dalam sejarah negara.

    “Kami tahu bagaimana memerangi inflasi, bagaimana memerangi kemelesetan. Namun kami tidak tahu bagaimana memerangi kedua-duanya secara serentak.

    “Orang membantah penghijrahan – namun ia adalah satu-satunya perkara yang telah menambah pertumbuhan negara sejak Mac. Kami perlu berterus-terang, kami tidak mempunyai pekerja yang diperlukan, begitu juga dengan produktiviti.” – AFP

    Tony Danker (kiri) berjabat tangan dengan Rishi Sunak ketika tiba untuk menyampaikan ucapan di Pusat Persidangan Vox di Birmingham pada 21 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...