UK putuskan 5G Huawei minggu depan

LONDON, 24 JAN – Britain dijangka mengumumkan minggu depan sama ada membenarkan syarikat telekomunikasi China, Huawei untuk membangunkan rangkaian 5G, seorang pegawai berkata hari ini, menetapkan sebab untuk persetujuan walaupun Amerika Syarikat (AS) membangkang.

Pegawai itu berkata keputusan belum lagi diambil tetapi ia mungkin akan berlaku pada minggu depan. Terdapat spekulasi bahawa Britain akan membenarkan Huawei menjadi elemen ‘bukan-teras’ rangkaian mudah alih generasi 5G akan datang seperti antena dan stesen pangkalan yang dipasang pada tiang dan bumbung.

AS telah mengharamkan Huawei daripada pelancaran rangkaian 5Gnya kerana kebimbangan bahawa firma itu berada di bawah kawalan Beijing – satu dakwaan yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Huawei.

AS telah melobi Britain untuk melakukan perkara sama, malah mengancam untuk membatasi perkongsian perisikan antara kedua-dua sekutu jika UK meneruskannya . – AFP

Gambar fail pada 29 April 2019 menunjukkan seorang pejalan kaki melintasi tempat letak produk Huawei di kedai EE telekomunikasi di tengah London. – AFP