Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    UK rancang guna kontraseptif pada tupai kelabu

    LONDON, 11 JULAI – Tupai kelabu telah menjejaskan pokok-pokok dan tupai merah asli di Britain sejak diperkenalkan dari Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1870an.

    Tetapi pakar saintis kerajaan sekarang merancang tindakan drastik untuk mengurangkan jumlah tupai kelabu – dengan cara membubuh ubat kontraseptif pada makanan haiwan itu.

    Sebelum dilaksanakan dengan meluas, Agensi Kesihatan Tumbuhan dan Haiwan (APHA) telah pun menjalankan uji kaji menggunakan kotak makanan di kawasan perhutanan di utara England dan Wales.

    Kira-kira 70 peratus populasi tupai kelabu menggunakan kotak tersebut, yang mempunyai pintu automatik dan mengelak daripada diganggu haiwan lain. Ketua penasihat saintifik di Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Tempatan, Gideon Henderson berkata uji kaji itu berpotensi besar dalam pengurusan sejumlah tupai kelabu tanpa membahayakan haiwan berkenaan.

    “Ia akan membantu tupai merah – membiakkan habitatnya sekali gus melindungi perhutanan United Kingdom (UK) dan meningkatkan kepelbagaian,” tambahnya. Salah seorang dari Red Squirrel Survival Trust, Vanessa Fawcett berkata kaji selidik dalam menghasilkan ubat kontraseptif untuk tupai kelabu menunjukkan kemajuan.

    “Tanpa pengurusan pemuliharaan yang efektif, tupai merah mungkin berdepan dengan kepupusan di seluruh UK,” katanya. Sementara itu, tiada ubat kontraseptif digunakan dalam uji kaji setakat ini tetapi penyelidik APHA berkata ia mungkin berkesan digunakan pada tupai kelabu jantan dan betina.

    Pada masa ini sebanyak 2.7 juta ekor tupai kelabu di Britain dan jumlah itu masih meningkat dibandingkan hanya 140,000 tupai merah.

    Tupai kelabu dan merah bersaing mendapatkan sumber makanan dan juga pembawa virus cacar tupai. Tupai kelabu mempunyai ketahanan pada virus tersebut tetapi merah tidak, dan jika menghidap virus itu, ia boleh membawa maut. Jumlah tupai kelabu yang besar juga boleh menjejaskan kesihatan dan ketahanan pokok muda, ketika ia menanggalkan kulit kayu, melemahkannya dan membunuh pokok berkenaan. – AFP

    Seekor tupai dilihat berada di sebuah taman di Lewes, Sussex, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...