UK: Rundingan Brexit tidak akan dilanjutkan

LONDON, 28 APRIL – Britain menegaskan tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi memeterai rundingan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Negara itu juga komited rundingan perdagangan pasca Brexit belum mustahil untuk dimeterai walaupun berdepan pandemik COVID-19 selain aduan EU mengenai kurangnya perkembangan rundingan berkenaan.

Menteri Hal Ehwal Kabinetnya, Michael Cove optimis perjanjian akan berjaya dimuktamadkan tahun ini di sebalik isu COVID-19 yang menguasai dunia ketika ini. Menteri kanan itu juga berkata peluang untuk memeterai rundingan perdagangan London dan Brussels adalah ‘baik’ walaupun tarikh akhir untuk melanjutkan tempoh rundingan perjanjian itu pada 30 Jun. Britain meninggalkan blok 27 negara itu pada Januari lalu, namun tetap terikat dengan peraturan EU hingga hujung tahun ini.

EU bagaimanapun bersikap lebih terbuka walaupun Ketua Perundingnya, Michel Barnier sebelum ini menyifatkan rundingan yang berlangsung minggu lalu sebagai mengecewakan.

Ia berikutan Britian enggan membincang mengenai isu-isu asas. – AFP