UK sekat kereta petrol, diesel bermula 2030

LONDON, 18 NOV – Britain akan menyekat jualan kenderaan petrol dan diesel bermula tahun 2030 sebagai sebahagian rancangan 10 poin bagi ‘revolusi industri hijau’ yang akan didedahkan hari ini oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Perdana Menteri Britain telah memperuntukkan £12 billion (13.4 bilion euro, AS$15.9 bilion) bagi rancangan tahap meluas, yang diharapkan akan menjamin sekitar 250,000 pekerjaan dan membantu memenuhi sasaran bagi UK untuk menjadi neutral karbon menjelang 2050.

Cadangan itu termasuk melipatgandakan kuasa angin pesisir laut dalam sedekad sementara meningkatkan kapasiti pengeluaran hidrogen bagi industri, pengangkutan, tenaga dan rumah.

Pelaburan itu juga akan menjadikan pengangkutan awam sifar emisi, di samping penyelidikan dalam pesawat sifar emisi dan kapal serta menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan ‘lebih menarik’. – AFP

Kabel pengecas disumbat pada kenderaan elektrik Volvo (EV) di tempat parkir bagi kenderaan elektrik di London pada 18 November. Britain akan menegah penjualan kereta petrol dan diesel bermula 2030. – AFP