Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    UK sekat penggunaan kamera buatan China

    LONDON, 25 NOV – Kerajaan UK semalam mengarahkan jabatannya supaya berhenti memasang kamera pengawasan buatan China di ‘lokasi sensitif’, sekali gus menerima kritikan daripada salah sebuah syarikat yang disasarkan.

    Keputusan itu diambil selepas semakan semula ‘risiko keselamatan’ ke atas China dan syarikatnya. Pada minggu lalu, ia mengarahkan firma milik China supaya menutup sebahagian besar Newport Wafer Fab, pembuat semikonduktor terbesar Britain.

    Menurut kumpulan kempen Big Brother Watch, kebanyakan pertubuhan awam di Britain menggunakan kamera CCTV yang dibuat oleh Hikvision atau Dahua.

    Pada Julai, 67 ahli parlimen menggesa London supaya melarang penjualan dan penggunaan peralatan pengawasan yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat itu, berikutan kebimbangan produk syarikat itu mungkin dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia di China.

    Kamera tersebut tidak harus disambung ke ‘rangkaian utama’ di jabatan kerajaan dan kementerian harus menimbang menggantinya dan bukannya menunggu untuk peningkatan berjadual, katanya.

    Penelitian semula oleh kerajaan merumuskan bahawa ‘memandangkan ancaman terhadap UK dan peningkatan keupayaan dan rangkaian sambungan sistem ini, kawalan tambahan diperlukan,” kata Menteri Kanan, Oliver Dowden kepada parlimen.

    “Dengan itu, jabatan telah diarahkan supaya menghentikan pemasangan peralatan tersebut di tempat sensitif, di mana ia dikeluarkan oleh syarikat yang tertakluk kepada undang-undang risikan negara China.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...