Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    UK siasat kes Twitter, YouTube tentera digodam

    LONDON, 4 JULAI – Pegawai Britain melancarkan operasi penyiasatan selepas penggodam mengambil alih akaun Twitter dan YouTube milik tentera, menurut pengumuman oleh menteri pertahanan, kelmarin.

    “Kami sedar akan pencerobohan ke atas akaun Twitter dan YouTube milik tentera dan akan menjalankan penyiasatan,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

    “Mohon maaf atas gangguan sementara yang berlaku kepada feed kami. Kami akan menjalan penyiasatan lengkap dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.

    “Terima kasih kerana mengikuti kami dan perkhidmatan biasa akan dilanjutkan,” menurut mereka.

    Ketika penyiasatan masih dijalankan dan belum selesai, ia tidak sesuai untuk mengulas lebih lanjut, tambah kenyataan tersebut.

    Sementara itu, terdapat rakaman video mengenai mata wang kripto dan imej usahawan jutawan, Elon Musk muncul dalam akaun Youtube tentera, sementara pada akaun Twitter pula telah menulis beberapa mesej yang nampaknya berkaitan dengan NFT, ataupun token berbentuk bitcoin.

    NFT adalah token yang dikaitkan dengan imej digital, sesuatu barangan yang dapat dikumpulkan, avatar permainan ataupun objek yang digunakan dalam dunia maya yang boleh ditukar dengan jumlah wang yang tinggi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...