Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    UK siasatan dakwaan serangan kimia

    LONDON, 12 APRIL – Britain cuba mengesahkan laporan bahawa Rusia menggunakan senjata kimia dalam serangan ke atas bandar Ukraine, Mariupol, menurut diplomat tertinggi London kelmarin.

    Pegawai barat sebelum ini meluahkan kebimbangan bahawa Rusia, mendapati pencerobohan pada 24 Februari ke atas jirannya Ukraine menjadi konflik berpanjangan, boleh melancarkan langkah lebih ekstrem, termasuk senjata nuklear.

    “Laporan menyatakan tentera Rusia mungkin menggunakan ejen senjata kimia dalam serangan ke atas penduduk Mariupol.

    “Kami berusaha dengan segera bersama rakan kami untuk mengesahkan segala butiran,” kata Setiausaha Luar United Kingdom (UK), Liz Trauss dalam ciapan Twitter.

    “Penggunaan senjata seumpamanya akan meningkatkan konflik dan kami akan mempertanggungjawabkan Putin dan rejimnya.”

    Kasut kanak-kanak yang dilihat semasa demonstrasi di Finland. Britain cuba mengesahkan laporan menyatakan Rusia menggunakan senjata kimia dalam serangan ke atas bandar Ukraine, Mariupol. – AFP

    Penggubal undang-undang Ukraine, Ivanna Klympush berkata Rusia menggunakan ‘bahan tidak diketahui’ di Mariupol dan penduduk mengalami masalah pernafasan.

    “Besar kemungkinan senjata kimia!” katanya melalui Twitter.

    Di aplikasi pesanan Telegram, datuk bandar Mariupol menulis bahawa serangan kimia ‘ketika ini masih belum disahkan’.

    “Kami masih menunggu maklumat rasmi daripada tentera,” tulis Petro Andryushchenko.

    Awal kelmarin, batalion Azov Ukraine mendakwa dron Rusia menjatuhkan ‘bahan beracun’ ke arah tentera dan orang awam di Mariupol.

    “Tiga orang jelas sekali menunjukkan tanda-tanda keracunan oleh perang kimia, tetapi tanpa akibat buruk,” kata ketua batalion, Andrei Biletsky dalam video menerusi saluran Telegram.

    Dia mendakwa Rusia menggunakan senjata kimia semasa serangan ke atas loji logam di bandar Azovstal.

    Setiausaha Media Pentagon Amerika Syarikat (AS), John Kirkby kelmarin berkata Washington mengambil maklum mengenai laporan serangan kimia di bandar strategik, tetapi tidak mengesahkannya.

    Rusia menafikan melakukan sebarang jenayah perang semasa operasi ketenteraan di Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...