UK tekan rundingan perdagangan Pasifik

BANGKOK, 22 JUN – United Kingdom memulakan rundingan hari ini untuk menyertai blok perdagangan trans-Pasifik ketika ia berusaha untuk meneroka peluang baharu susulan perpisahannya dari Kesatuan Eropah (EU) dan memperkukuhkan kepentingan strateginya di Asia.

Permulaan rundingan untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPATPP), terdiri daripada 11 negara dengan gabungan setengah bilion penduduk, muncul ketika Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab bertemu rakan sejawatannya dan para pegawai Vietnam lain semasa lawatan kelimanya ke Asia Tenggara dalam masa menjawat jawatannya.

Britain juga berusaha untuk mencapai status ‘rakan kongsi dialog’ bersama 10 negara ASEAN ketika ia memutuskan langkah lebih ‘cenderung’ ke arah rantau Indo Pasifik sebagai respons kepada pengaruh China di pentas dunia yang disyorkan oleh kajian kerajaan Britain baru-baru ini berhubung dasar pertahanan dan luar negeri.

“UK komited untuk memperkukuhkan persahabatan di seluruh Indo-Pasifik,” kata Raab menjelang lawatan itu.

“Kami membuktikannya menerusi komitmen kami untuk menyertai CPTPP, menjalin rakan bersama ASEAN dan melabur lebih banyak tenaga, masa dan usaha dalam hubungan bilateral kami di rantau ini.”

Tekanan itu muncul ketika negara-negara serantau mencari ‘pilihan dan alternatif’ dengan China sebagai sumber utama modal dan peluang perdagangan, kata Euan Graham, rakan keselamatan Asia-Pasifik dengan pejabat Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS) di Singapura.

Bagi Britain untuk mengambilnya secara serius, ia perlu menunjukkan yang kesediaannya untuk terlibat dalam tempoh jangka panjang, katanya.

Selepas Vietnam, Raab akan mengadakan lawatan ke Kemboja dan menamatkan lawatannya ke rantau itu di Singapura. – AP

Dari kiri, Menteri Luar Negeri Singapura, Vivian Balakrishnan; Setiausaha Luar Negeri Britain, Dominic Raab; Menteri Luar Negeri Vietnam, Bui Thanh Son; dan Menteri Luar Negeri Korea Selatan, Chung Eui-yong menjelang mesyuarat di Hanoi, Vietnam pada 22 Jun. – AP