Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    UK tempah vaksin tambahan, kes cacar monyet meningkat

    LONDON, 20 JULAI – Britain membeli 100,000 dos vaksin tambahan untuk membendung cacar monyet ketika jumlah kes jangkitan di negara itu meningkat lebih dari 2,139, kebanyakannya di London, kata pegawai kelmarin.

    Agensi Keselamatan Kesihatan Britain berkata semasa epidemik itu menular, kes jangkitan secara majoriti didapati pada golongan hubungan sejenis, dwiseksual dan lelaki yang berhubungan intim dengan lelaki, jangkitan itu terutamanya terjadi menerusi kontak terdekat antara individu yang berkaitan dengan rangkaian seksual.

    Pakar saintis sebelum ini berkata bahawa tidak ada bukti kukuh mengenai penularan cacar monyet di luar rangkaian terhad tersebut.

    Penyakit cacar monyet boleh menjangkiti sesiapa yang dekat, bersentuhan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti atau melalui pakaian dan cadar, tanpa mengira orientasi seksual.

    Pegawai telah memberikan nasihat untuk kontak terdekat dengan kes cacar monyet agar membuat pengasingan diri selama tiga minggu melainkan mereka mempunyai gejala-gejala jangkitan.

    Perubahan itu didorong oleh data yang menunjukkan sebilangan kecil kontak terdekat dijangkiti cacar monyet, namun tiada bukti kukuh bahawa penyakit itu menular tanpa kontak secara seksual, intim atau dekat. – AP

    Gambar menunjukkan virus cacar monyet dalam imej mikroskop yang dikesan pada tahun 2003. Britain membeli 100,000 dos vaksin tambahan dari Bavarian Nordic yang dijangka tiba bulan ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...